EPF/KWSP

Bagaimana dengan pelaburan wang dalam EPF saya? Bolehkah saya masukkan dalam unit trust?

Ya, boleh. Cara pengiraan wang yang boleh dilaburkan dari akaun 1 EPF/KWSP anda adalah seperti berikut:

epf public mutual, epf, public mutual

Jika tidak pasti cara pengiraan, sila email kepada kami umur dan jumlah baki dalam akaun 1 anda. InsyaAllah kami boleh tolong kirakan. Anda juga boleh click di sini bagi menggunakan online calculator yang disediakan oleh website EPF.

Untuk mengetahui melalui online baki dalam akaun EPF anda, sila click di sini bagi penerangan dari website EPF.

Penambahan pelaburan dari akaun EPF boleh dilakukan setiap 3 bulan.

Tidak semua dana-dana public mutual dibuka untuk pelaburan EPF. Dana yang dibuka sekarang ialah

Equity Fund (Shariah)

Balanced Fund (Shariah)

Fixed Income Fund (Shariah)

Money Market Fund (Shariah)

Dari senarai di atas, dana yang kami syorkan ialah Public Islamic Dividend Fund (PIDF) bagi dana saham sewaktu pasaran saham meningkat dan Public Islamic Income Fund (PIINCOME) sewaktu pasaran saham menurun.

Seperti pelaburan tunai, pelaburan melalui dana KWSP juga boleh diswitchkan dengan cara penyerahan borang, malah boleh juga melalui public mutual online.

Perbezaan dalam borang yang perlu diisi ialah bagi EPF, ia memerlukan cap ibu jari kanan dan kiri di borang dan juga di salinan kad pengenalan. Di bawah adalah video ringkas menunjukkan bagaimana cara membuat cap ibu jari yang betul agar borang tersebut tidak ditolak oleh pihak KSWP.

Panduan meletak cap ibu jari di borang permohonan pelaburan EPF.

Secara keseluruhan, proses untuk melabur melalui KWSP tidak banyak bezanya dengan pelaburan tunai. Berikut ialah beberapa langkah mudah:

1. Sila isi e-borang di http://belirendahjualtinggi.com/pre-register/ dengan data peribadi saudara. E-borang ini hanya pihak kami saja yang akan dapat lihat kandungannya. Kandungan e-borang ini akan kami gunakan untuk membantu saudara/saudari mengisi borang pelaburan. Sila maklumkan melalui email kepada kami setelah e-borang ini diisi.

2. Kami akan membantu mengisi semua borang tersebut dan pos kepada anda untuk ditandatangani dan cap ibu jari anda. Sila buat salinan kad pengenalan depan dan belakang dalam satu mukasurat bersama cap ibu jari kanan dan kiri pada salinan kad pengenalan tersebut seperti video di atas. Cap ibu jari juga boleh dibuat di Public Bank. Kami juga akan sertakan borang tambahan bagi pelaburan tambahan tiga bulan berikutnya.

3. Setelah ditandatangani dan dicapjarikan, sila bawa borang-borang tersebut bersama wang pelaburan dan salinan kad pengenalan ke mana-mana cawangan public bank yang berdekatan untuk penyerahan di kaunter. Anda akan diberikan resit.

4. Setelah beberapa minggu,

a. Kami akan dapat melihat status dan balance akaun anda dalam sistem kami dan memberi anda maklumat mutakhir status dan nilai akaun anda.

b. Anda akan dapat melalui pos nombor PIN anda untuk public mutual online. Jangan risau, ini semua hanya untuk kemudahan anda, sama seperti online banking. Dengan sistem ini, anda dapat membuat apa-apa transaksi yang perlu. Jika anda tidak selesa, kami akan membantu anda cara menggunakannya atau membantu anda dengan cara manual, iaitu dengan mengisi borang.

c. Anda juga akan mendapat penyata/statement dari pihak Public Mutual dari masa ke semasa.

d. Kami juga akan memberi anda status akaun terkini jika diminta.

Jangan takut dengan apa-apa transaksi seperti membuka akaun dan switching, insyaAllah saya bantu.