UT-XRAY

Bagaimana jika anda boleh membeli rendah dan menjual tinggi di pasaran saham?

image

Sudah tentu ia adalah sesuatu yang diimpikan oleh ramai!

Tetapi ramai yang mengatakan ia mustahil dilakukan. Benarkah begitu? Sebenarnya tidak, dengan izin Allah, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil dan mampu dilakukan oleh segelinitir kecil pelabur.

Dalam buku Market Wizards: Interviews with Top Traders, terkandung temuramah dengan ramai pelabur yang telah disahkan mengaut keuntungan tinggi melalui pasaran saham setiap tahun dari 20% setahun sehinggalah beberapa ratus peratus setahun! Tiada daya dan usaha melainkan dengan izin Allah, mereka berjaya atas sebab-sebab mereka mempunyai ilmu, gigih berusaha, mempunyai kaedah yang konsisten dan tidak terlalu mengikut emosi dalam melabur.

Market wizards.jpg

Saya telah mengikuti pasaran saham selama 10 tahun, dan akhirnya setelah menjalankan penyelidikan telah menemui kaedah yang sesuai digunakan, terbukti berkesan yang mana hasil analisa melalui kaedah tersebut saya kongsi bersama client saya yang mahu untung, tidak rugi besar dan sakit-sakit kepala. Dan untuk lebih mudah lagi, anda tidak perlu melibatkan diri dengan pasaran saham secara langsung, sebaliknya segalanya mudah dilakukan dengan saham amanah (unit trust) yang mengikut pergerakan bursa saham.

Dengan mengunakan prinsip-prinsip asas teknikal analisis, Alhamdulillah saya telah mencipta kaedah yang dapat menentukan samada pasaran saham mula naik, mendatar, atau turun. Oleh itu para pelabur dapat membeli dan menjual pada masanya, sekaligus memaksimakan keuntungan dan melindungi keuntungan.

Perlulah diketahui bahwa saya adalah klien kepada diri saya sendiri, di mana sejumlah besar simpanan/pendapatan saya, saya laburkan di dalam unit trust. Kenapa? Dengan kaedah saya ini…

  • Alhamdulillah keuntungan dapat digandakan dengan cepat, berbanding dengan masa saya menyimpan di bank atau tempat-tempat lain.
  • Saya dapat melindungi keuntungan saya. Maksudnya, bila pasaran saham/unit trust meningkat, saya mendapat keuntungan, tetapi bila pasaran saham mulai turun, kaedah saya memerlukan saya menjual agar keuntungan tersebut dapat diraih dan tidak hilang begitu saja.
  • Saya tidak perlu membuat ramalan atau risau mengenai pergerakan pasaran saham untuk memaksima keuntungan. Kebanyakkan mereka yang membuat ramalan mengalami kerugian.
  • Saya dapat memudahkan analisis yang yang rumit.

Semua ini saya dapati dengan kaedah yang diberi nama..

image

UT adalah singkatan bagi Unit Trust (Saham Amanah), manakala penambahan XRAY adalah kerana sistem ini seakan-akan melihat tembus kepada kekuatan pasaran saham, lantas menunjukkan kekuatan atau kelemahan pasaran saham pada bila-bila masa.

Apakah unit trust atau saham amanah? Unit Trust adalah portfolio yang mengandungi pelbagai pegangan saham, dengan menganalisa carta pergerakan bursa saham dengan sistem UT-XRAY ini, saya dapat mengambil keputusan, insyaAllah dengan tepat, samada ia masa sesuai untuk membeli atau menjual! Sila lihat carta yang disediakan oleh Public Mutual (click di sini) yang menunjukkan UT akan bergerak mengikut benchmark, iaitu bursa-bursa/indeks saham.

Kesimpulannya sistem UT-XRAY ini adalah

MUDAH, TENANG DAN MENGUNTUNGKAN

Baiklah mari kita lihat sistem yang menarik ini dan bagaimana ia berfungsi?

Kajian kes (Case Study) : Membeli rendah pada awal 2010.

KLCI (Kuala Lumpur Composite Index)  telah menjunam dari Januari 2008 hinggalah penghujung 2009 sebanyak 44%!. Bilakah waktu yang sesuai untuk membeli? Adakah ia mungkin jatuh lagi? Persoalan inilah yang dijawab dengan kaedah UT-XRAY. Sila lihat carta KLCI di bawah.

image 

Sistem UT-XRAY memberi isyarat-isyarat mudah kepada saya.

  

Isyarat 1: Kitaran (cycle) pasaran saham.

Pasaran saham ada turun dan naiknya mengikut kitaran. Sistem saya mengesan hala tuju kitaran tersebut seperti di bawah.

image

image

Carta di bawah menunjukkan kitaran dari tahun 1996-2010. Apabila perubahan kitaran timbul, ia boleh dimanfaatkan untuk mendapat atau melindungi keuntungan. Kitaran ini sesuai bagi pelabur jangka panjang yang mahu memaksimumkan keuntungan tanpa perlu memeningkan kepala selalu.

image

  

Isyarat 2: Analsis momentum harga bursa

Hasil pemerhatian saya, saya telah menghasilkan formula yang boleh menentukan secara objektif momentum pasaran saham. Ia menandakan biru pada harga bursa apabila naik dan merah apabila turun. Mudah saja. Petanda semakin JELAS apabila..

Isyarat Kitaran + Isyar
at momentum digabungkan bersama

Lihat bagaimana dalam carta di bawah pada bulan Februari 2008, penanda aras Bursa Malaysia bertukar dari biru ke merah (Isyarat 2) bersama dengan arah kitaran (Isyarat 1)

image

Warna biru dan merah pada petanda KLCI adalah momentum, manakala jalur biru dan merah di bahagian bawah carta adalah……

Isyarat 3: Momentum bursa-bursa saham lain di Asia Pasifik. 

Carta Bursa Malaysia dari tahun 2003-2009 di bawah menunjukkan isyarat 3 yang berpanjangan adalah selari dengan isyarat 1. Isyarat 3 adalah momentum bursa-bursa lain di Asia Pasifik.

Ia penting kerana dalam carta di bawah, pada tahun 2005, walaupun Bursa Malaysia dalam kitaran menuju ke atas, tetapi ia tidak berapa rancak. Sesekali isyarat 2 bertukar kepada merah dari biru, namun tanpa isyarat 3, iaitu jalur biru/merah berpanjangan, ia bukanlah isyarat yang benar. 

Ternyata, apabila ketiga-tiga isyarat tersebut selari, ia menunjukkan pergerakan yang positif.

image

Kenapa isyarat 3 itu penting? Kerana bursa-bursa Asia/sedunia biasanya bergerak hampir serentak. Oleh itu keadaan yang tidak jelas dalam satu bursa mungkin kelihatan lebih jelas di bursa yang lain. Itulah pentingnya juga, isyarat seterusnya, jika isyarat ketiga ialah analisa momentum bursa lain, isyarat keempat ialah analisa kitaran bursa-bursa lain.

Isyarat 4: Analisis kitaran bursa-bursa lain

Oleh sebab pergerakan yang seiring bursa-bursa lain, dalam setiap keputusan yang diambil, dengan menganalisa bursa-bursa saham lain, hala tuju bursa semakin jelas.  Tambah lagi, ada unit trust di Malaysia yang mana pegangan sahamnya adalah saham di luar negara seperti di China dan Indonesia. Oleh itu, khusus bagi menentukan hala tuju unit-unit trust seperti ini, hala tuju bursa saham lain perlu dianalisa.

Dua carta di bawah menunjukkan persamaan pergerakan bursa Malaysia dan Hang Seng (Hong Kong), yang mana jika keadaan mana-mana bursa mengelirukan, analisa bursa lain boleh dilihat untuk menjernihkan pandangan.

image

image

Ternyata dalam tahun 1994, di mana KLCI tidak menunjukkan arah pergerakan yang menentu, kitaran indeks Hang Seng lebih jelas menunjukkan pergerakan ke bawah yang boleh dijadikan panduan buat KLCI. Dan pada tahun hadapannya, ia bertukar arah naik semula, juga membantu menjelaskan hala tuju Bursa Malaysia.

Jelas gabungan keempat-keempat isyarat di atas mengurangkan risiko kerugian. Pernahkah anda kerugian besar dalam pelaburan amanah saham (unit trust)? Keempat-empat isyarat di atas kesemuanya tidak akan membenarkan kerugian berterusan, sekaligus menyelamatkan pelabur amanah saham dari kerugian besar insyaAllah.

Akhir sekali, mari kita lihat isyarat yang ke-5, isyarat yang terakhir tapi bukan paling remeh.

Isyarat 5: Kadar kelajuan gerakan

Isyarat 5 adalah isyarat moentum, tetapi ia bukan seperti isyarat 2. Jika isyarat 2 mengambarkan musim membeli dan menjual, isyarat 5 adalah memberi kadar kelajuan gerakan satu saham.

KRISIS PASARAN SAHAM TAHUN 1997

Masih ingat krisis pasaran saham dan matawang Asia Tenggara tahun 1997? KLCI menjunam hampir 80%!!

 image

Jom, mari kita lihat dengan lebih dekat lagi.

image

Eh, nombor-nombor apa tu? Ada 0, 1, 2, 3 dan seterusnya? Itulah isyarat ke 5. Ia adalah seperti gear kereta. Makin tinggi makin laju. Bagaimana memahaminya dalam konteks saham?

0 dan 1 adalah pergerakan saham yang tak bermaya.

2 ada sedikit kekekuatan sahaja

3 agak laju

4 ke atas memang agak laju

Cuba tengok dalam tahun 1997. Sebelum KLCI turun mendadak, nombor “gear” tersebut naik dari 1..ke 2….ke 3..sebelum 4 dan 5. Ini menunjukkan peningkatan pecutan harga, mesti diambil serius, jika harga sedang turun, ia menunjukkan ia semakin cepat turun, dan begitulah sebaliknya. 

Jika dilihat sebelum kejatuhan pasaran saham, nombor yang ada hanyalah 0, 1, 2 dan pergerakan saham juga mendatar, tidak rancak.

image

Tetapi kemudiannya isyarat warna penanda aras bertukar dari biru ke merah (isyarat 2) seiring dengan isyarat kitaran (isyarat 1). Isyarat 3 iaitu momentum belum menunjukkan jalur merah, bererti majoriti bursa lain belum menunjukkan penurunan, bagaimanapun jelas KLCI sedang bergerak ke bawah.

Begitulah, bagaimana isyarat-isyarat sistem UT-XRAY membantu saya dalam membuat keputusan yang tepat sebagaimana saya telah memasuki amanah saham( unit trust) pada masa yang sangat tepat, pada akhir tahun 2009 dan seterusnya lagi dalam bulan September 2010.

Rumusannya…

sistem UT-XRAY memberi saya sekurang-kurangnya 5 maklumat penting

1. Kitaran naik atau turun bursa

2. Momentum jangka masa panjang, naik atau turun

3. Momentum bursa-bursa lain

4. Kitaran bursa-bursa lain

5. Kadar pecutan naik atau turun

Anda pernah rugi, masih takut rugi? InsyaAllah anda
tidak perlu gusar.

Ternyata sistem UT-XRAY kami memberi kelebihan berikut:

  • Mengenali bila masa terbaik untuk membeli dan menjual!
  • Walaupun kerugian mungkin tidak dapat dielakkan sepenuhnya, tetapi sistem UT-XRAY jika diikuti boleh menyebabkan keuntungan berganda dalam jangka masa beberapa tahun, mengurangkan risiko kerugian insyaAllah.
  • Di dalam masa yang sama, jika betul berlaku kerugian, ia tidak membenarkan kerugian tersebut menjadi besar.

 

Susah ke?

Jangan risau, segala kiraan dibuat secara automatik oleh analisis saya. Sistem UT-XRAY hanya untuk saya saja, saya yang akan melihat sistem tersebut, memberitahu anda keputusannya (BELI/JUAL), anda hanya perlu melakukan yang sangat mudah saja, melakukan transaksi dengan pergi ke pejabat public mutual atau melalui telefon atau online.

Tidak puas hati? Mahu tahu kenapa?

Saya akan beri anda alasan/justifikasi bagi setiap keputusan yang dibuat, berdasarkan sistem UT-XRAY, melalui e-mail.

BERMINAT UNTUK MENGGANDAKAN SIMPANAN ANDA?  SILA HUBUNGI SAYA di support@belirendahjualtinggi.com